Berikutan isu trending berkaitan coronavirus, bilangan pesakit yang disahkan positif novel coronavirus
di Malaysia adalah warganegara China dan telah meningkat sebanyak 8 kes sebagaimana dilaporkan oleh
The Star.
Akan tetapi, bilangan pesakit yang meninggal dunia ekoran positif coronavirus di China pula semakin
meningkat saban hari.
Menurut laporan
The Telegraph, pakar-pakar kesihatan telahpun memberi amaran bahawa dunia kini lampau tempoh
untuk wabak penyakit berbahaya, lantas ianya wajar untuk masyarakat sentiasa bersiap-sedia. Berikut merupakan
penjelasan ringkas mengenai simptom-simptom coronavirus dan cara mencegah dari dijangkiti.
Simptom-Simptom Coronavirus
Umumnya, novel coronavirus adalah kumpulan virus yang berasal dari haiwan dan tidak pernah dijumpai pada manusia
sehingga kini. Simptom-simptom tersebut juga serupa dengan penyakit pernafasan yang lain seperti selesema.
Menurut NHS dan WHO, simptom-simptom coronavirus kebiasaannya termasuk:
-
Berasa penat
-
Sukar bernafas
-
Demam panas
-
Batuk / sakit tekak
-
Hidung berair (hingus)
Bagaimanakah Coronavirus Merebak?
Sama seperti selesema, novel coronavirus merebak melalui titisan apabila seseorang batuk atau bersin.
Titisan tersebut kemudiannya merebak ke mana-mana permukaan dan lalu disentuh pula oleh orang lain.
Individu akan dijangkiti virus tersebut apabila mereka menyentuh bahagian mulut, hidung dan mata dengan
tangan yang telah dijangkiti. Justeru itu, adalah amat penting untuk anda sentiasa menjaga kebersihan
tangan lagi-lagi setelah berada di tempat awam.
Secara am, individu dari semua peringkat umur berisiko untuk dijangkiti novel coronavirus. Tambahan pula,
suruhanjaya kesihatan Wuhan telah memaklumkan dalam satu kenyataan di mana 60 kes baru-baru ini melibatkan
individu berumur antara 15 hingga 88 tahun. Malah, individu yang mempunyai imun sistem yang lemah
turut berpotensi untuk dijangkiti novel coronavirus.
Cara Mencegah Dari Dijangkiti
Antara cara mencegah dari dijangkiti novel coronavirus paling utama sekali adalah dengan menjaga kebersihan
tangan anda pada setiap masa. Selain dari menggunakan hand sanitiser, anda disarankan juga untuk kerap membasuh
tangan dengan sabun dan air yang bersih. Selain itu, elakkan daripada kerap menyentuh bahagian muka seperti mulut,
hidung dan mata di mana kita sering melakukannya tanpa sedar.
Cara pencegahan yang lain termasuk:
-
Pakai topeng muka dengan betul (bahagian putih di dalam, biru di luar)
-
Bawa sekali dan simpan hand sanitiser di dalam bag
-
Sentiasa cuci tangan sebelum makan
-
Jaga diri semasa di dalam pengangkutan awam dan elakkan dari menyentuh muka anda
-
Bawa tisu dan tutup mulut anda apabila batuk atau bersin dan jangan buang tisu tersebut merata-rata
-
Sentiasa desinfeksi peralatan dan telefon anda
Justeru itu, sekiranya anda mengalami simptom-simptom coronavirus seperti di atas, adalah disarankan
untuk anda segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Pihak KKM juga menyediakan senarai
hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih 2019-nCoV seperti gambar di bawah:
Sumber Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Marilah kita bersama-sama kita mengelak dan mencegah sebaran wabak Coronavirus ini dan utamakan kesihatan anda!
Nurin Eznieka merupakan Penulis Kandungan Digital yang menulis kandungan berkaitan dengan gaya hidup, tips,
dan kerjaya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Seorang penggemar makanan dan sering memburu kafe untuk secawan kopi yang mahal pada masa lapang.